Tuesday, January 27, 2009

KE ARAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN ISLAM

TAJUK : KE ARAH KECEMERLANGAN PENDIDIKAN ISLAM

Rasional :

Misi Pendidikan Islam adalah untuk mewujudkan kesepaduan ilmu dan memberi tumpuan kearah perkembangan syumul peribadi insan dari aspek kognitif afektif dan psikomotor disamping perkembangan khusus aspek dalaman diri insan ke arah melahirkan insan syumul.pendidikan Islam membentuk pengabungjalinan,pembentukan Tasawur Islam.Pembinaan paradigma Islam yang berlandaskan tauhid dan pengalaman cara hidup Islam yang lengkap dan penguasan ilmu yang saling berkait.

Matlamat:
Memperkenalkan,menyebar amalan dan ajaran amalan Islam sebagai cara hidup yang syumul,merangkumi berbagai aspek keperibadian,kekeluargaan dan kemasyarakatan serta menjadikan ilmu,iman dan amal sebagai landasan dan panduan hidup dalam membentuk budaya berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah untuk menuju ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat.

Objektif:
 Mewujudkan suasana dan persekitaran yang sesuai ke arah pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan bagi mata pelajaran
Pendidikan Islam.
 Memperbaiki serta meningkatkan lagi kualiti pengajaran dan pembelajaran.
 Meningkatkan mutu pencapaian akademik dan prestasi mata pelajaran Pendidikan Islam.
 Meningkatkan penghayatan murid-murid mengenai ajaran Islam.

No comments:

Post a Comment